Assalamualaikum.. =)

Thursday, April 2, 2009

cite ntah ape2..

It was a long, long, long time ago. Tersebutlah kisah di sebuah negeri bernama Al-K'tiak Masham. Kisah mengenai dua orang pahlawan. Dua orang sahabat. Hang Jawad dan Hang Abat.

Kedua-dua pahlawan ini berasal dari kampung yang sama iaitu Kampung Sekuning Langsat. Mereka berkawan semenjak dari kecil lagi. Kemana sahaja mereka pergi, mereka pasti bersama. Dari kecil hinggalah dewasa, tak pernah berpisah, sentiasa bersama. Ke sungai, mandi telanjang bersama. Ke hutan, melastik burung bersama. Ke dusun orang, mencuri buah-buahan bersama. Sehinggalah ke Gunung Ledang menuntut ilmu silat bersama, dari Guru yang sama.

Walaupun lahir dari keluarga yang berbeza, terlalu banyak persamaan di antara mereka. Selain memiliki paras rupa yang hampir sama, tarikh lahir juga sama. Warna kegemaran, makanan kegemaran sehinggalah brand seluar dalam yang dipakai, semuanya sama. Cuma ada dua perkara sahaja yang tidak sama. Pertama, Hang Jawad adalah peminat Manchester United, manakala Hang Abat pula adalah peminat setia Club Liverpool. Perbezaan kedua pula ialah karakter mereka. Hang Jawad adalah lebih degil, keras kepala dan panas baran. Manakala Hang Abat pula, selalu lebih banyak mengalah jika berlaku perselisihan.

Kekuatan dan kehebatan mereka memang telah terserlah sejak dari zaman TADIKA lagi. Kewujudan mereka telah banyak membawa perubahan dan kemakmuran di Kampung Sekuning Langsat. Kampung itu yang dahulunya dekenali sebagai 'black area', tempat bersarangnya segala Lanun, Mafia dan Yakuza, kini telah menjadi aman. Kesemua malaun itu telah dimusnahkan oleh Hang Jawad dan Hang Abat.

Berita mengenai kehebatan mereka sampai ke pengetahuan Raja Aki, raja negera Al-K'tiak Masham. Tanpa melalui sebarang ujian dan temuduga, Raja Aki telah melantik mereka berdua sebagai Pahlawan Negara, merangkap pengawal peribadi beliau.

Untuk dijadikan cerita, Raja Aki ini mempunyai seorang anak yang sungguh cantik dan seksi. Setelah lama menjeling dan memandang, maka Hang Jawad dan Hang Abat telah terpikat dan jatuh cinta pada Puteri Britney ini.

"Wahai sahabatku Abat....." Suatu hari, Hang Jawad memulakan bicara.
"Ya... sahabatku Jawad. Ada apa? Selain dari bab meminjam wang, katakanlah, apa sahaja. Aku sedia mendengar dan aku sedia membantu." Balas Hang Abat.
"Bukan wang yang aku mahukan. Begini... aku rasa hatiku telah terpaut pada Puteri Britney. Dan... aku tidak tahu apakah yang harus aku lakukan. Tidakkah kau mempunyai sebarang ilham untuk memikatnya?"

Hang Abat terdiam mendengar kata-kata Hang Jawad. Sungguh dia tidak menyangka, sahabatnya juga mencintai gadis yang sama sepertinya.
'Mengapa Puteri Britney yang kau cintai? Oh Tuhan tabahkanlah hati ku..' Keluh hati Hang Abat. Namun dia tidak mampu untuk menyuarakannya. Dipendamkan saja, nun jauh di sudut hatinya. Walaupun agak kecewa dengan kenyataan itu, tapi dia tetap tenang mengawal perasaannya. Lalu berkata....
"Wahai sahabatku Jawad. Jika itulah perkara yang kau gundahkan, aku bersedia membantumu. Demi kebahagian sahabatku, aku sanggup lakukan apa sahaja... percayalah. Esok biar aku pergi berjumpa dengan Puteri Britney dan menyampaikan perasaan cintamu itu kepadanya. Akan kucuba sedaya upaya agar Puteri Britney menjadi milikmu."

"Terima kasih, sahabatku Abat. Hanya kaulah satu-satunya sahabatku.. selama-lamanya." Jawad tersenyum riang sambil menyapu gambir pada daun sireh yang diletakkan di atas tapak tangan.

Sireh Pinang, memang itulah makanan kegemaran sambil melayan kedinginan malam setiap kali tibanya penghujung bulan. Harga rokok semakin lama semakin melambung tinggi. Setiap kali diumumkan Belanjawan Negara, pasti akan naik harganya. Kalau dulu 4.6 dirham, kini sudah naik hingga 5 dirham. Maka, sementara menunggu gaji, sireh pinanglah yang menjadi pengganti. Sambil mengunyah sireh pinang, Hang Jawad dan Hang Abat terus bercerita, berbincang, bagaimanakah cara untuk memikat Puteri Britney.

Keesokannya, seperti yang dijanjikan, Hang Abat pun pergi ke istana dan menceroboh masuk ke bilik Puteri Britney untuk menyampaikan hajat sahabatnya.

"Siapakah gerangannya itu?" Jerit Puteri Britney apabila menyedari ada seseorang sedang bersembunyi di sebalik tirai di biliknya.
"Hamba... Laksamana Abat..." Jawap Hang Abat lalu keluar menunjukkan diri kepada Puteri Britney.
"Oh... Tuan Laksamana rupanya... "
"Ampunkan hamba wahai Tuan Puteri. Ampunkan hamba jika kedatangan hamba secara kurang sopan ini mengganggu ketenangan Tuan Puteri." Kata Hang Abat sambil melutut di lantai dan mengangkat sepuluh jarinya ke hujung dahi.

Puteri Britney memandang tenang wajah Hang Abat. Sambil berjalan menuju ke arah lelaki itu, dia berkata...
"Bangunlah wahai Tuan Laksamana. Tidak perlu kamu memohon ampun. Puteri senang dengan kedatangan kamu. Malah, Puteri memang menantinya."
Puteri Britney menghentikan langkahnya. matanya merenung tepat mata Hang Abat. Hang Abat cuba mengelak. Cuba menangkis sinar mata Puteri Britney yang menyilaukan nafsunya. Dup dap, dup dap jantungnya melihat kejelitaan gadis itu. Sungguh menawan, sungguh seksi dan sungguh mengiurkan.

"Apakah mimpi yang membawa Tuan Laksamana ke mari?" Tanya Puteri Britney perlahan. Lunak dan manja suaranya. Bertambah kuat gelora cinta Hang Abat bila mendengar kemerduan suara Puteri Britney. Tak ubah seperti suara Rani Mukherji. Namun dia masih mengawal perasaannya itu. Dia datang demi menunaikan janjinya pada seorang sahabat. Bukan untuk kepentingan diri sendiri.

"Begini Tuan Puteri... Tujuan hamba hamba ke sini ialah untuk meminta kebenaran, kerana ingin menyunting sekuntum bunga di taman istana ini.." Kata Hang Abat, menggunakan taktik lama meminang. Tidak berani dia menyampaikan hajatnya secara direct kepada Puteri Britney.

"Oooo.. Kalau itu yang Tuan Laksamana mahukan, ambil sajalah yang mana satu pun. Bunga orkid, bunga mawar, bunga raya dan bunga taik ayam pun ada. Ambil sajalah yang mana Tuan Laksamana suka..." Balas Puteri Britney yang tidak faham dengan simpulan bahasa Hang Abat. Walaupun cantik, rupa-rupanya sungguh rendah tahap IQ Puteri Britney.

"Bukan begitu maksud hamba. Bunga yang hamba hajatkan ialah bunga bernyawa yang sedang berdiri dihadapan hamba ini.... Bunga Britney."

'Ooppsss...!!' Tergamam Puteri Britney mendengar kata-kata Hang Abat. Tercegat dia, tanpa sebarang kata. Terpaku dia, tanpa penukulnya. Terharu dia, perasan tak terkira. Sangkanya, Hang Abat ingin menjadikannya sebagai awek pahlawan itu. Sungguh gumbira dia. Sebenarnya, Puteri Britney sudah lama ada menaruh hati pada Hang Abat. Sejak pandang pertama lagi. Dia suka melihat Hang Abat yang bukan sahaja hensem, malah cool and steady. Namun, Puteri Britney tahu Hang Jawad cuba menekelnya. Sebab itulah dia cuba memendamkan perasaannya itu. Dia tidak mahu, kerananya, kedua-dua pahlawan itu bersengketa kelak. Tapi, kata-kata Hang Abat tadi benar-benar membuatkan hatinya melonjak gembira. Pintu kerinduan yang selama ini terkunci, bagai direntap dengan kata-kata Hang Abat tadi. Lalu dia terus menerkam dan memeluk Hang Abat tanpa segan silu.

"Oh.. Abang Abat. Sebenarnya Bunga Britney ini telah lama menunggu untuk disunting oleh Abang Abad ...uhuks... uhuks... uhuks..." Kata Puteri Britney sambil menangis. Sebak jiwanya bercampur happy. Kedua tangannya memeluk erat tubuh Hang Abat, seolah tidak mahu dilepaskan selama-lamanya. Pipi kanannya ditekupkan ke dada Hang Abat. Sudah lama dia mengidamkan babak-babak seperti itu.

Hang Abat terpinga-pinga. Stim pun ada. Hilang melayang segala idea. Kelu seribu bahasa. Serba salah dia. Patutkah dia mengambil peluang dan menggunakan kesempatan itu? Patutkah dia mangatakan bahawa dia juga amat cintakan Puteri Britney? Kalau diikutkan hati, mahu dia membalas pelukan itu dan mencium pipi Puteri Britney sepuas-puasnya. Tetapi.. tidak..!! Dia tak tergamak membelot janjinya. Dia sanggup kecewa asalkan sahabatnya bahagia. Lalu dia cuba menerangkan perkara sebenar, tujuan sebenar dia datang ke situ.

"Wahai Tuan Puteri.... sebenarnya....."

Belum sempat Hang Abat menghabiskan kata-kata, pintu bilik itu dirempuh. Meluru masuk beberapa orang pengawal istana lalu mengepong mereka berdua.

"Cesss..!!!! Puteri Britney... berani kau menconteng arang di muka Ayahandamu ini..!!" Jerit raja Aki apabila melihat anaknya sedang berpelukan dengan Hang Abat. Teramatlah murkanya dia. Jelous pun ada. Sejak kematian isterinya, sudah lama dia tidak berasmara seperti itu. 'Huh~!', keluh hatinya. Puteri Britney, serta merta meleraikan pelukannya dari tubuh Hang Abat. Mengelabah mereka. Gabra gila babi...

"Kau Abat..!!! Ku harapkan pagar, pagar rupanya memakan padi..!!" Sambung Raja Aki lagi. Tinggi nada suaranya. Marah benar dia.
"Tuanku... ampunkan patik Tuanku. Sebenarnya....."
"Ahhhh..!!!!! Aku tidak mahu mendengar sebarang alasan dari mu..!!" Celah Raja Aki sebelum sempat Hang Abat menghabiskan kata-katanya. Pengawal istana tadi, masih diam berdiri mengepong Hang Abat dan Puteri Britney.

"Dengar sini..! Kamu berdua telah melanggar undang-undang istana, berkhalwat tanpa surat kebenaran. Dengan ini beta menjatuhkan hukuman ke atas kamu berdua. Kamu berdua akan dikahwinkan malam ini juga. Dan mulai esok, kamu berdua tidak dibenarkan lagi tingal di dalam negara Al-K'tiak Masham ini. Kamu berdua dihukum buang negara selama dua tahun." Raja aki berhenti seketika, menelan air liurnya, lalu menaymbung lagi...
"Pengawal..!!! Pergi panggil Tok Kadi dan ibu bapa Hang Abat ini... sekarang juga..!"

Kesemua pengawal yang tadinya mengepong Hang Abat dan Puteri Britney mula bersurai. Keluar pergi melaksanakan arahan Raja Aki. Setelah lengkap segala persediaan, maka upacara pernikahan mereka pun dilangsungkan. Puteri Britney tersenyum riang. Pucuk dicita, ulam yang mendatang. Dia gembira dengan hukuman Ayahandanya itu. Tidak sangka begitu mudah sekali dia dapat memiliki Hang Abat.
'Kekekeke...', gelak sakan dia di dalam hati.
'Yahooooo..!! Yabedu bedu...!!', seronoknya dia tidak terkira.

Hang Abat pula, masih gelisah. Masih serba salah. Namun, dia tidak dapat berpuat apa-apa. Perintah Raja Aki mesti diturutkan. Dia tidak mahu menderhaka.
'Maafkan aku wahai sahabat. Maafkan aku Hang Jawad'. Wajah Hang Abat ceria, tapi hatinya merintih sedih. Janjinya pada Hang Jawad tidak dapat ditunaikan.

Setelah sempurna upacara pernikahan, maka dengan serta merta pasangan itu dihantar ke luar negara dengan pesawat peribadi milik Raja Aki. Mereka dihantar kenegara jiran, iaitu negara Al-K'tiak Bushuk. Tiggallah mereka di situ sehinggalah tamat tempoh hukuman.

Hang Jawad pula, masih menuggu kepulangan hang Abat di rumahnya. Dia menunggu sambil menonton TV, hingga ke lewat malam. Dia mula rasa gelisah kerana Hang Abat tidak pulang-pulang. Rancangan Smart Shop yang membosankan, menambah lagi keresahan Hang Jawad.
'Kalaulah ada ASTRO, alangkah bestnya...', bisik hati Hang Jawad. Dia bangun dari sofa lalu berjalan menuju ke tingkap. Matanya memerhati ke arah istana. Firasatnya mengesyaki sesuatu yang tidak baik telah berlaku. Dia cuba menelefon handset Hang Abat. Tapi jawapannya..." Nombor yang anda dail tiada didalam perkhidmatan". Huh~! Hang Jawad mengeluh. Dia mendail sekali lagi. Sama juga jawapannya.

"Tak boleh jadi, mesti ada sesuatu yang tak kena. Aku mesti pergi ke istana..." Hang Jawad mengambil jaketnya lalu bergegas keluar. Setiap kali dia keluar, mesti dipakainya jaket itu. Sayang sungguh dia dengan jaket Manchester United yang dihadiahkan oleh bapa saudaranya dari London.

Tanpa berlengah, Hang Jawad menghidupkan enjin motor vespa buruknya, lalu bergerak menuju ke istana. Prop pop pop pop..!!! Nyaring dan ganas bunyinya. Tak ubah seperti bunyi motor Harley Davidson. Habis terkejut dan lari bertempiaran burung-burung pungguk yang sedang asyik memerhatikan bulan.

Dalam perjalanannya itu, dia bertembung dengan Bendahara Agus.

"Hei... Hang Jawad..!! Nak kemana malam-malam buta ni?" Tegur Bendahara Agus.
"Aku nak ke istana..." Jawab Hang Jawad
"Ke istana..?? Ofis sudah tutup da.. ko kerja overtime ker?" Bendahara Agus kehairanan.
"Aku mencari sahabatku Hang Abat. Sejak petang tadi dia tidak pulang. Mungkin ada di istana agaknya..." Hang Jawad memandang Bendahara Agus. Mengharap jawapan. Mungkin Bendahara Agus tahu dimana sahabatnya.

"Ooooo.. Pengkhianat tu... kau tak dengar berita lagi?"
Jawapan yang dinanti, soalan yang keluar.
"Pengkhianat..????? Berita..???? Berita apa? Apa yang sudah berlaku?" Hang Jawad konfius dengan kenyataan Bendahara Agus. Hatinya semakin resah.

"Hang Abat telah melarikan diri, setelah menculik Puteri Britney..." Kata Bendahara Agus cuba menipu Hang Jawad. Dia sebenarnya memang tidak senang dengan persahabatan dua orang pahlawan itu. Dia juga irihati dengan layanan istimewa yang diberikan oleh Raja Aki kepada mereka. Dialah yang merancang penangkapan Hang Abat. Semasa Hang Jawad dan Hang Abat berbincang bagaimana hendak memikat Puteri Britney, Bendahara Agus telah mencuri dengar perbualan mereka. Dia tahu Hang Abat akan pergi ke bilik Puteri Britney, lalu dia melaporkan hal itu kepada Raja Aki.

"Apa..????"
"Cesss..!!! Sahabat tak guna...!!!!!! Sia-sia aku percayakan kau selama ini. Kau tipu aku Abat..!!!"
Tanpa usul periksa, Hang Jawad telah mempercayai kata-kata Bendahara Agus. Teramatlah marahnya dia. Puteri Britney tercinta telah dirampas oleh sahabatnya sendiri.

"Arghhhh..!!!!!!!!" Jerit Hang Jawad lalu menerajang motor vespanya. Sungguh kuat tendangan mautnya. Terpelanting motor vespa itu. Nun jauh, sayup mata memandang. Hang Jawad mengamok. Helmetnya dibaling, lalu terkena kepala Bendahara Agus.
"Aduh... sakitnya...." Bendahara Agus mengerang lalu lari lintang pukang, tanpa menoleh ke belakang. Bukan sahaja manusia, harimau dan singa juga akan lari jika melihat keadaan Hang Jawad ketika itu. Mukanya merah menyala. Keluar haba dan cahaya api dari badannya, seperti Son Goku dalam cerita Dragon Ball.

"Kame... hame.. haaa...!!!!" Jerit Hang Jawad. Matanya dipejamkan. Mindanya memusatkan tumpuan, mengumpul segala kuasa dan tenaga kebatinan yang ada. Dia mengangkat kedua tangannya. Selepas seketika, keluar bebola api dari tangan itu. Dia membaling bebola api itu menghala ke rumah Hang Abat. Tepat sasarannya mengena. Habis terbakar hangus rumah Hang Abat. Mujurlah tiada sesiapa di dalamnya.

Hang Jawad terus mengamok. Banyak lagi harta benda awam yang dimusnahkannya. Balai Polis, Balai Bomba, dan beberapa buah Klinik Swasta musnah terbakar, terkena tembakan bebola apinya. Marahkan nyamuk, kelambu yang dibakarnya. Kalau setakat kelambu sahaja, masih tidak mengapa. Habis cadar, selimut, bantal dan katil yang tidak berdosa turut menjdai mangsa. Orang ramai mula melarikan diri, keluar meninggalkan Al-K'tiak Masham. Negara itu yang dahulunya meriah, kini sunyi sepi, angkara keganasan dan kegilaan Hang Jawad.

Raja Aki teramatlah susah hati, mengenangkan bencana yang menimpa negaranya. Tiada seorangpun di kalangan pengawal dan tentera, yang berani melawan Hang Jawad. Dia terlalu kuat. ilmunya terlalu hebat. Rumahnya pula dilengkapi dengan Security System yang amat canggih. Tiada siapapun yang berjaya menceroboh masuk untuk menangkapnya. Raja Aki teringat pada hang Abat. Dia yakin Hang Abat sahaja yang tahu kelemahan sahabatnya itu. Tanpa berlengah Raja Aki terus menghantar e-mail kepada Hang Abat, mengarahnya pulang segera ke negara Al-K'tiak Masham. Hukuman keatasnya damansuhkan serta-merta.

Setelah membaca e-mail itu, Hang Abat pun pulang ke istana Ayahanda mertua, bersama isterinya Puteri Britney. Sebaik sahaja tiba, dengan diiringi beberapa orang pengawal dan tentera, Hang Abat bergerak pergi ke rumah Hang Jawad.

"Hei Jawad..!!!! Turun kau..!!! Jerit hang Abat sejurus tiba di hadapan pintu rumah sahabatnya itu. Namun tiada sebarang jawapan. Hang Abat memanggil lagi.
" Hei Jawad...!!! Aku tahu kau ada di dalam..!! Ini aku sahabatmu Abat... aku telang pulang..!!"

"Kau sahabat khianat..!!! Aku tak mahu melihat mukamu... pergi..!!! Pergi kau..!!! Berambus..!!! Go to hell..!!!" Tiba-tiba Hang Jawad bersuara. Namun bayangnya masih belum kelihatan.

"Aku faham kemarahanmu, dan aku tidak kisah jika kau membenciku. Aku cuma mahu kau hentikan kekacauan yang kau lakukan sekarang. Tiada apa faedah yang kau perolehi...!"
Hang Abat berhenti seketika, lalu berjalan menuju ke tangga.
"Hei Jawad..!!!!!!!!! Turun la..!!!!!!!" Semakin tinggi suara Hang Abat.
"Aku tak mahu turun...!!!! Kalau kau nak jumpa aku dan kalau kau berani naik la.. Hahahaha..!!!"

Hang Abat hampa dengan jawapan dan kedegilan sahabatnya itu. Dia tahu Hang Jawad memang keras kepala. Dia sudah masak sangat dengan perangainya. Jika sekali Hang Jawad mengatakan tidak... maka selama-lamalah maknanya. Hang Abat termenung seketika, sambil menggaru bontotnya yang tidak gatal. Dia perlu menangkap Hang Jawad. Perintah Raja Aki mesti dilaksanakan. Walaupun itu sahabatnya, dia tak boleh pilih kasih. Yang salah tetap bersalah dan mesti duhukum setimpal dengan kesalahannya. Undang-undang dan keadilan mesti ditegakkan.

Hang Abat tahu kelemahan Hang Jawad. Kelemahan yang tidak diketahui oleh sesiapapun. Hanya dia seorang sahaja yang tahu. Dia tiada pilihan. Dia terpaksa menggunakan taktik rahsia itu untuk menangkap Hang Jawad.

"Hei Jawad..!! Tadi dalam perjalanan kemari, aku ternampak Mat Saleh tengah beromen. Dengan Ah Moi mana entah. Seksi siutttt.. mengancam abessss.. melelehhhhh wa cakap lu..!!"

Sebaik sahaja habis ayat itu. Maka terpacul muka Hang Jawad dihadapan pintu. Tersengih dia. Dengan wajah yang penuh ceria dia berkata...
"Yer ker Abat? Fulllamakkkkk...!! Dah lama seh aku tak ngendap.. Kat mana? Jom ar pegi cepat...jom... jom.. jom.."
Tanpa memijak anak tangga, Hang Jawad terus melompat ke tanah. Tak sabar-sabar dia. Dia tak tahu sebenarnya dia telah diperdaya.

Sebaik sahaja kakinya menjejak bumi, pengawal dan tentera yang dari tadi menanti, terus mengepong dan menangkap Hang Jawad. Hang Jawad tidak mampu melawan, kerana di dalam keadaan ghairah semua kekuatannya akan hilang. Mereka menggari tangannya dan memasukkan dia ke dalam sangkar besi yang dibawa, lalu diusung ke istana. Akhirnya dia tewas. Bukan di hujung keris sakti. Bukan dengan peluru senapang. Tapi, dengan panah psikologi nafsu. Nafsu... nafsu.. nafsu..

Hang Jawad dipenjara tiga tahun atas kesalahanya merosakkan harta benda awam. Selepas dibebaskan dia telah pergi membawa diri ke India bersama kumpulan Tabligh. Jiwanya sudah semakin tenang. Dia masih berkawan dan berutus e-mail dengan Hang Abat.

Hang Abat telah ditabalkan sebagai raja baru negara Al-K'tiak Masham. Kini dia hidup bahagia besama isterinya Puteri Britney, juga Ayahanda mertuanya, Raja Aki.

Manakala Bendahara Agus pula, hilang entah kemana. Ada yang mengatakan dia pergi ke hutan mencari Ayam Seramanya yang hilang. Ayam Serama yang dibelinya dengan harga 5 juta dirham. Dengan hasil wang yang di songlapnya dari akaun negara. Mungkin sebelum bertemu dengan Ayam Seramanya itu, dia akan bertemu dengan harimau dan singa terlebih dahulu.. biarkan....

Sekian,
~akimahen~

No comments:

Post a Comment